Sejarah penghasilan Kalium nitrat

Dari sumber galian

Proses penulenan lengkap kalium nitrat terawal diketahui digariskan pada tahun 1270 oleh Hasan al-Rammah seorang ahli kimia dan jurutera di Syria di dalam bukunya al-Furusiyyah wa al-Manasib al-Harbiyyah (The Book of Military Horsemanship and Ingenious War Devices). Di dalam buku ini, al-Rammah mula-mula menggambarkan penulenan barud (galian saltpetre mentah) dengan mendidihkannya di dalam air yang sedikit dan menggunakan hanya larutan yang panas, kemudian gunakan kalium karbonat (dalam bentuk abu kayu) untuk menyingkirkan kalsium dan magnesium melalui pemendakan karbonat masing-masing daripada larutan ini, lalu meninggalkan satu larutan kalium nitrat yang ditulenkan, yang kemudiannya dikeringkan.[14] Ini digunakan bagi penghasilan serbuk letupan dan alat ledakan. Terminologi yang digunakan oleh al-Rammah itu menunjukkan asal-usul Cina bagi senjata serbuk letupan yang ditulis beliau.[15]

Sekurang-kurangnya seawal 1845, simpanan salpeter Chile diekploitasi di Chile dan California, Amerika Syarikat.

Dari gua

Sumber semula jadi utama kalium nitrat adalah simpanan yang menghablur dari dinding gua dan timbunan tahi kelawar di dalam gua.[16] Pengekstrakan dilakukan dengan merendamkan tahi kelawar itu di dalam air selama sehari, menurasnya, dan memungut hablur di dalam air yang dituras itu. Secara tradisi, tahi kelawar merupakan sumber di Laos bagi penghasilan serbuk letupan untuk roket-roket Bang Fai.

LeConte

Barang kali perbincangan paling menyeluruh mengenai penghasilan material ini adalah teks oleh LeConte pada tahun 1862.[17] Dia menulis dengan tujuan nyata untuk meningkatkan penghasilan di Negeri-negeri Gabungan Amerika untuk menyokong keperluan mereka semasa Perang Saudara Amerika. Memandangkan dia menyeru pada bantuan masyarakat peladang pedalaman, gambaran dan arahan adalah ringkas dan jelas. Dia memperincikan "Kaedah Perancis", beserta dengan beberapa variasi, dan juga "kaedah Swiss". N.B. Banyak rujukan telah dibuat terhadap satu kaedah yang menggunakan hanya jerami dan air kencing, namun tiada kaedah sebegitu di dalam karya ini.

Kaedah Perancis

Lapisan niter disediakan melalui campuran baja asli dengan samada mortar atau abu kayu, tanah biasa dan bahan-bahan organik seperti jerami untuk memberikan keporosan kepada gumpalan kompos yang biasanya bersaiz 1.5×2×5 meter.[17] Gumpalan itu biasa dilindungi daripada hujan, dibiarkan lembap dengan air kencing, kerap dipusingkan untuk mempercepatkan penguraian, kemudian akhirnya dilarutresapkan dengan air selepas kira-kira setahun, untuk menyingkirkan kalsium nitrat terlarut yang kemudiannya berubah kepada kalium nitrat dengan penurasan menerusi potasy.

Kaedah Swiss

LeConte menggambarkan satu proses yang hanya menngunakan air kencing dan bukan tahi lembu, merujuknya sebagai Swiss method. Air kencing dikumpulkan secara terus di dalam lubang pasir di bawah kandang. Pasir itu sendiri digali dan larutresapkan untuk nitrat yang kemudiannya berubah kepada kalium nitrat melalui potasy, seperti di atas.

Daripada asid nitrik

Dari tahun 1903 hingga era Perang Dunia Kedua, kalium nitrat bagi serbuk letupan daan baja dihasilkan pada skala industri daripada asid nitrik yang dihasilkan melalui proses Birkeland–Eyde, yang menggunakan arka elektrik untuk mengoksidakan nitrogen daripada udara. Semasa Perang Dunia Kedua proses Haber (1913) yang baru diindustrikan digabungkan dengan proses Ostwald selepas tahun 1915, yang membolehkan Jerman untuk menghasilkan asid nitrik untuk perang itu selepas terputus bekalan natrium nitrat galian dari Chile.

Rujukan

WikiPedia: Kalium nitrat http://www.comlaw.gov.au/Details/F2011C00827 http://www.ufpi.br/subsiteFiles/ppgo/arquivos/file... http://www.chicagotribune.com/health/sc-health-051... http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,... http://www.galleries.com/minerals/carbonat/niter/n... http://books.google.com/?id=6DfRYDE0ViwC http://books.google.com/?id=aG0gAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=1h9zzSH-NmwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=8xfs8tC8Ow0C&pg=P... http://books.google.com/books?id=CVNoJydnGAoC&pg=P...